Friday 25 May 2012

Madu Sidr Merawat Resdung Atau Sinusitis Kronik

Resdung atau Sinusitis ialah keadaan di mana jangkitan atau alergi yang menjadikan tisu membran sinus (di dalam hidung) membengkak dan berwarna merah. Ini menyebabkan seseorang itu mengalami hidung tersumbat, terasa sakit dan tekanan di beberapa kawasan muka dan selalu mengeluarkan cecair (selesema) berwarna kuning, hijau atau jernih. Ia akan diikuti dengan rasa pening, sakit kepala, kepala terasa berat, letih, batuk-batuk dan sakit tekak. Resdung atau Sinusitis yang serius akan menyebabkan sakit kepala yang kuat dan sukar bernafas.


Laman web kesihatan terkemuka, www.webmd.com melaporkan, suatu kajian berkenaan madu lebah yang boleh menentang bakteria, salah satu daripadanya ialah Madu Sidr dari Yaman, mampu membunuh bakteria yang menyebabkan resdung yang kronik. Penyelidikan yang dilakukan di Universiti Ottawa, Amerika Syarikat telah diketuai oleh Tala Alandejani, MD.

Mereka telah mengenal pasti tiga jenis bakteria jahat yang menyebabkan Resdung. Pertama; Methicillin-Susceptible Staphylococcus Aureus (MSSA), kedua; Methicillin-Resistant Staphylococcus Aureus (MRSA) dan ketiga; Pseudomonas Aeriginosa (PA).


Madu Sidr dari Yaman berkesan membunuh bakteria walaupun ia membiak di dalam bio filem yang nipis dan berlendir yang dibentuk oleh bakteria itu sendiri untuk menghalang antibiotik.

Para penyelidik juga mendapati bahawa Madu Sidr dari Yaman berfungsi jauh lebih baik daripada antibiotik terhadap MSSA dan MRSA berdasarkan kajian-kajian lepas. Berikut adalah hasil kajian yang diperolehi di dalam uji kaji tersebut: 

•    Berkesan sehingga 63% membunuh bakteria MSSA.
•    Berkesan sehingga 73% membunuh bakteria MRSA.
•    Berkesan sehingga 91% membunuh bakteria PA.

Para sainstis berharap, kajian yang dibentangkan dalam Mesyuarat Tahunan American Academy of Otolaryngology, Head and Neck Surgery di Chicago ini, boleh menawarkan rawatan baru kepada pesakit-pesakit Resdung atau Sinusitis yang kronik.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...