Thursday 6 December 2012

Kualiti Madu Berdasarkan Sarang Lebah

Pengkaji-pengkaji Apikultur (Pemeliharaan dan pembiakkan lebah) bersepakat bahawa kualiti madu dinilai dari pelbagai faktor. Salah satu yang terpenting ialah bahan yang digunakan untuk menghasilkan sarang lebah.

Dr. Muhammad Bakr Ismail, seorang ulamak di Universiti Al Azhar di dalam buku hadithnya bertajuk “Pesanan Rasul SAW dan Kesannya Dalam Pembentukan Individu dan Pembaikan Masyarakat” (وصايا الرسول صلى الله عليه وسلم وأثرها في تقويم الفرد وإصلاح المجتمع) telah menyebut perkara ini ketika menghuraikan hadith sahih riwayat Bukhari yang berbunyi:

عن أبي سعيد رضي الله عنه: أن رجلا أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: أخي يشتكي بطنه؟، فقال: اسقه عسلا. ثم أتاه الثانية فقال: اسقه عسلا. ثم أتاه الثالثة، فقال: اسقه عسلا. ثم أتاه فقال: قد فعلت. فقال: صدق الله وكذب بطن أخيك، اسقه عسلا، فسقاه فبرأ.

“Daripada Abu Said Al Khudri RA: seorang lelaki telah datang kepada Nabi SAW dan berkata: perut saudaraku merasa sakit. Baginda berkata: beri minum kepadanya madu. Kemudian lelaki itu datang kali kedua. Baginda berkata:  beri minum kepadanya madu. Kemudian lelaki itu datang kali ketiga.  Baginda berkata:  beri minum kepadanya madu. Kemudian lelaki itu datang lagi dan berkata: aku telah melakukannya. Baginda berkata: Allah berkata benar dan perut saudaramu berbohong, beri minum kepadanya madu. Lelaki itu memberi minum madu kepada saudaranya dan selepas itu saudaranya telah sembuh”.

Madu Sidr Yang Baru Sampai Dari Yaman

Menurut penulis, kualiti madu yang dinilai berdasarkan sarang lebah dibahagikan kepada tiga:

1. Madu yang dihasilkan daripada sarang di kawasan pergunungan.
2. Madu yang dihasilkan daripada sarang di kawasan hutan atau pokok-pokok.
3. Madu yang dihasilkan daripada sarang yang dibuat oleh manusia.

Beliau berdalilkan kepada ayat Al Quran berikut:

وَأَوْحَى رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ. ثُمَّ كُلِي مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا يَخْرُجُ مِنْ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ.

“Dan TuhanMu mengilhamkan kepada lebah “buatlah sarang di gunung-gunung dan di atas pohon-pohon dan tempat-tempat yang dibina oleh manusia”. (An Nahl: 68).

Di dalam ayat ini, sarang lebah di kawasan gunung-ganang disebut terlebih dahulu, diikuti dengan sarang lebah yang berada di atas pokok, kemudiannya sarang-sarang yang dibuat oleh manusia.

Menurut Usul Tafsir (ilmu yang menerangkan metod dan kaedah mentafsirkan Al Quran), perkara-perkara yang didahulukan di dalam ayat Al Quran menunjukkan kepada beberapa makna dan isyarat. Di antaranya menunjukkan keutamaan dan kelebihan perkara tersebut.

Dalam pada itu, sarang lebah semulajadi menghasilkan madu yang lebih baik kerana Allah SWT mengilhamkan cara membuatnya seperti yang dinyatakan di dalam ayat di atas.


Thursday 18 October 2012

Madu Sidr Membantu Melindungi Hati Daripada Kerosakan Disebabkan Toksin

Majalah Experimental and Toxicologic Pathology bilangan ke 64 pada bulan November 2012  telah mengeluarkan sebuah Jurnal Perubatan bertajuk “Dietary Honey and Ginseng Protect Against Carbon Tetrachloride-induced Hepatonephrotoxicity in Rats” (Pemakanan Madu dan Ginseng Memberi Perlindungan Daripada Karbon Tetraklorida yang menyebabkan Hepatonephrotoxicity di dalam Badan Tikus).

Karbon Tetraklorida yang banyak digunakan dalam industri kimia adalah toksin merbahaya yang menyebabkan Hepatonephrotoxicity, nama penyakit kronik yang bermaksud kerosakan hati dan ginjal akibat tindakan bahan kimia.
Laman blog www.aphiterapy.blogspot.com menyatakan jenis madu yang digunakan adalah Madu Sidr apabila mengulas jurnal tersebut dengan tajuk "Sidr Honey Helps Protect Liver From Damage By Toxins" (Madu Sidr Membantu Melindungi Hati Daripada Kerosakan Disebabkan Toksin). Sila klik pautan untuk membaca artikel. 

Jurnal Perubatan


Laman blog tersebut menyebut bahawa eksperimen dilakukan terhadap 80 ekor tikus jenis Sprague Dawley yang dibahagikan kepada 4 kumpulan:

1. Tikus yang tidak disuntik Karbon Tetraklorida (CCl4) dan diberi Madu Sidr atau Ekstrak Ginseng Korea, atau kedua-duanya.
2. Tikus yang tidak disuntik Karbon Tetraklorida (CCl4) dan tidak diberi Madu Sidr atau Ekstrak Ginseng Korea, atau kedua-duanya.
3. Tikus yang disuntik Karbon Tetraklorida (CCl4) dan tidak dirawat.
4. Tikus yang disuntik Karbon Tetraklorida (CCl4) dan dirawat dengan Madu Sidr atau Ekstrak Ginseng Korea, atau kedua-duanya.

Ujian Patologi dan Histopatologikal yang telah dilakukan menunjukkan:

1. Tikus yang tidak disuntik Karbon Tetraklorida (CCl4) dan diberi Madu Sidr atau Ekstrak Ginseng Korea, atau kedua-duanya:
Berkeadaan baik dan wujudnya perlindungan daripada Hepatitis (Kesakitan pada bahagian hati) dan kecederaan buah pinggang yang teruk disebabkan Toksin.

2. Tikus yang tidak disuntik Karbon Tetraklorida (CCl4) dan tidak diberi Madu Sidr atau Ekstrak Ginseng Korea, atau kedua-duanya:
Berkeadaan baik dan tiada perlindungan daripada Hepatitis dan kecederaan buah pinggang yang teruk disebabkan Toksin.

3. Tikus yang disuntik Karbon Tetraklorida (CCl4) dan tidak dirawat:
Wujudnya Hepatitis dan kecederaan buah pinggang yang teruk disebabkan Toksin

4. Tikus yang disuntik Karbon Tetraklorida (CCl4) dan dirawat dengan Madu Sidr atau Ekstrak Ginseng Korea, atau kedua-duanya:
Kesemua parameter kesihatan menunjukkan peningkatan memberangsangkan.

Eksperimen ini diyakini boleh mencipta rawatan baru untuk penyakit Kanser Hati yang merupakan sejenis Kanser yang paling cepat membawa kematian selepas dikesan dan 70% peratus daripada 564,000 pesakit Kanser Hati adalah daripada benua Asia menurut Stastistik World Health Organization (WHO) pada tahun 2000.

Monday 28 May 2012

Campuran Madu Sidr dan Minyak Habbatussauda’ Memusnahkan Parasit Jenis Schistosoma Mansoni

Parasit adalah makhluk-makhluk halus yang hanya dapat dilihat menggunakan mikroskop. Makhluk-makhluk ini mempunyai jantina, organ peranakan, bertelur dan membiak. Parasit adalah makhluk yang menyebabkan penyakit dengan menumpang badan makhluk yang lain. Ia akan menyerap segala jenis nutrien dari badan induknya tanpa memberi sebarang faedah kepada induk tersebut.

Terdapat pelbagai jenis parasit. Salah satu yang kerap menyerang tubuh manusia ialah Schistosoma Mansoni. Masalah kesihatan yang disebabkan parasit jenis ini ialah anemia, kerosakan organ dalaman, mengganggu keseimbangan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dan melemahkan tubuh badan manusia yang ditumpanginya. 

Parasit Schistosoma Mansoni

Jurnal Sains Universiti King Saud di Arab Saudi telah menyiarkan artikel yang bertajuk “Ultrastructure Alterations Of Adult Male Schistosoma Mansoni Harbored In Albino Mice Treated With Sidr Honey And/Or Nigella Sativa Oil” (Perubahan Ultrastruktur Parasit Jantan Dewasa Jenis Schistosoma Mansoni Yang Wujud Dalam Tikus Putih Dengan Rawatan Madu Sidr Dan/Atau Minyak Habbatussauda’) menunjukkan campuran Madu Sidr dan Minyak Habbatussauda’ boleh memusnahkan dengan ketara struktur badan parasit jenis ini.

Oleh kerana itu, bahan ini sangat sesuai dijadikan alternatif untuk mengawal Schistosomiasis Mansoni, terutamanya di kawasan jangkitan (endemik) di mana parasit ini kebal dengan dadah yang digunakan untuk menentangnya. Di samping mengelakkan kesan toksik meskipun dengan kadar yang rendah di dalam jenis-jenis dadah yang digunakan. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...