Monday 28 May 2012

Campuran Madu Sidr dan Minyak Habbatussauda’ Memusnahkan Parasit Jenis Schistosoma Mansoni

Parasit adalah makhluk-makhluk halus yang hanya dapat dilihat menggunakan mikroskop. Makhluk-makhluk ini mempunyai jantina, organ peranakan, bertelur dan membiak. Parasit adalah makhluk yang menyebabkan penyakit dengan menumpang badan makhluk yang lain. Ia akan menyerap segala jenis nutrien dari badan induknya tanpa memberi sebarang faedah kepada induk tersebut.

Terdapat pelbagai jenis parasit. Salah satu yang kerap menyerang tubuh manusia ialah Schistosoma Mansoni. Masalah kesihatan yang disebabkan parasit jenis ini ialah anemia, kerosakan organ dalaman, mengganggu keseimbangan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dan melemahkan tubuh badan manusia yang ditumpanginya. 

Parasit Schistosoma Mansoni

Jurnal Sains Universiti King Saud di Arab Saudi telah menyiarkan artikel yang bertajuk “Ultrastructure Alterations Of Adult Male Schistosoma Mansoni Harbored In Albino Mice Treated With Sidr Honey And/Or Nigella Sativa Oil” (Perubahan Ultrastruktur Parasit Jantan Dewasa Jenis Schistosoma Mansoni Yang Wujud Dalam Tikus Putih Dengan Rawatan Madu Sidr Dan/Atau Minyak Habbatussauda’) menunjukkan campuran Madu Sidr dan Minyak Habbatussauda’ boleh memusnahkan dengan ketara struktur badan parasit jenis ini.

Oleh kerana itu, bahan ini sangat sesuai dijadikan alternatif untuk mengawal Schistosomiasis Mansoni, terutamanya di kawasan jangkitan (endemik) di mana parasit ini kebal dengan dadah yang digunakan untuk menentangnya. Di samping mengelakkan kesan toksik meskipun dengan kadar yang rendah di dalam jenis-jenis dadah yang digunakan. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...