Thursday 18 October 2012

Madu Sidr Membantu Melindungi Hati Daripada Kerosakan Disebabkan Toksin

Majalah Experimental and Toxicologic Pathology bilangan ke 64 pada bulan November 2012  telah mengeluarkan sebuah Jurnal Perubatan bertajuk “Dietary Honey and Ginseng Protect Against Carbon Tetrachloride-induced Hepatonephrotoxicity in Rats” (Pemakanan Madu dan Ginseng Memberi Perlindungan Daripada Karbon Tetraklorida yang menyebabkan Hepatonephrotoxicity di dalam Badan Tikus).

Karbon Tetraklorida yang banyak digunakan dalam industri kimia adalah toksin merbahaya yang menyebabkan Hepatonephrotoxicity, nama penyakit kronik yang bermaksud kerosakan hati dan ginjal akibat tindakan bahan kimia.
Laman blog www.aphiterapy.blogspot.com menyatakan jenis madu yang digunakan adalah Madu Sidr apabila mengulas jurnal tersebut dengan tajuk "Sidr Honey Helps Protect Liver From Damage By Toxins" (Madu Sidr Membantu Melindungi Hati Daripada Kerosakan Disebabkan Toksin). Sila klik pautan untuk membaca artikel. 

Jurnal Perubatan


Laman blog tersebut menyebut bahawa eksperimen dilakukan terhadap 80 ekor tikus jenis Sprague Dawley yang dibahagikan kepada 4 kumpulan:

1. Tikus yang tidak disuntik Karbon Tetraklorida (CCl4) dan diberi Madu Sidr atau Ekstrak Ginseng Korea, atau kedua-duanya.
2. Tikus yang tidak disuntik Karbon Tetraklorida (CCl4) dan tidak diberi Madu Sidr atau Ekstrak Ginseng Korea, atau kedua-duanya.
3. Tikus yang disuntik Karbon Tetraklorida (CCl4) dan tidak dirawat.
4. Tikus yang disuntik Karbon Tetraklorida (CCl4) dan dirawat dengan Madu Sidr atau Ekstrak Ginseng Korea, atau kedua-duanya.

Ujian Patologi dan Histopatologikal yang telah dilakukan menunjukkan:

1. Tikus yang tidak disuntik Karbon Tetraklorida (CCl4) dan diberi Madu Sidr atau Ekstrak Ginseng Korea, atau kedua-duanya:
Berkeadaan baik dan wujudnya perlindungan daripada Hepatitis (Kesakitan pada bahagian hati) dan kecederaan buah pinggang yang teruk disebabkan Toksin.

2. Tikus yang tidak disuntik Karbon Tetraklorida (CCl4) dan tidak diberi Madu Sidr atau Ekstrak Ginseng Korea, atau kedua-duanya:
Berkeadaan baik dan tiada perlindungan daripada Hepatitis dan kecederaan buah pinggang yang teruk disebabkan Toksin.

3. Tikus yang disuntik Karbon Tetraklorida (CCl4) dan tidak dirawat:
Wujudnya Hepatitis dan kecederaan buah pinggang yang teruk disebabkan Toksin

4. Tikus yang disuntik Karbon Tetraklorida (CCl4) dan dirawat dengan Madu Sidr atau Ekstrak Ginseng Korea, atau kedua-duanya:
Kesemua parameter kesihatan menunjukkan peningkatan memberangsangkan.

Eksperimen ini diyakini boleh mencipta rawatan baru untuk penyakit Kanser Hati yang merupakan sejenis Kanser yang paling cepat membawa kematian selepas dikesan dan 70% peratus daripada 564,000 pesakit Kanser Hati adalah daripada benua Asia menurut Stastistik World Health Organization (WHO) pada tahun 2000.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...