Profil

Yummy Honey Shop adalah syarikat yang menawarkan produk-produk berkualiti dan asli dari Timur Tengah dengan harga murah terus ke rumah anda. Syarikat ini berdaftar dengan Registrar Of Business (ROB) (Pendaftar Perniagaan) dengan nombor pendaftaran MP0003280-U dan boleh dipercayai untuk sebarang transaksi kewangan dan penghantaran barang.

Produk utama ialah Madu Yaman Sidr yang merupakan madu terbaik di dunia. Kualiti dan keasliannya diyakini dan dijamin seratus peratus, jika tidak wang anda akan dikembalikan. Sila klik Terma dan Syarat Jaminan Ketulenan Produk.

Madu Yaman Sidr adalah makanan Sunnah Rasulullah SAW yang mengubati dan mengurangkan risiko pelbagai penyakit seperti yang dinyatakan dalam sumber rujukan perubatan antarabangsa. Antaranya:

1. The Pharmacological Characterization and the Scientific Basis of the Hidden Miracles of Honey, oleh Ali A.T.M.M, terbitan Saudi Medical Journal (1989).

2. Honey: a remedy rediscovered, oleh Zumla A. dan Lulat A, terbitan J. Royal Soc Med (1989).

3. Honey: a comprehensive survey, oleh Heineman Crane E, diterbit di London (1975).

4. The Biology of the Honey Bee oleh Winston M.L, terbitan Harvard University Press (1987).

Pengasas Yummy Honey Shop adalah Ustaz Ahmad Izzuddin Abu Bakar dan rakannya Ustaz Mohd Saifullah Husin. Kedua-duanya mengetahui khasiat Madu Yaman Sidr ketika melanjutkan pengajian Sarjana Muda di Republik Yaman pada tahun 1998-2003. Kemudiannya, beliau telah menyambung pengajian Sarjana di Universiti Al Quran dan ilmu-ilmu Islam di Republik Sudan dalam Pengajian Hadith dan sekarang ini sedang menyiapkan tesis Phd. di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam bidang yang sama. Manakala Ustaz Mohd Saifullah sedang menyiapkan tesis Master dalam bidang tafsir.

Yummy Honey Shop turut menjual produk makanan Timur Tengah yang lain khususnya produk yang diadun bersama Madu Sidr untuk meningkatkan keberkesanannya seperti Minyak Habbatussauda', Cuka Epal, Cuka Anggur, Cuka Kurma, Cuka Delima, Pati Delima, Pati Kurma, Minyak Zaitun dan lain-lain.

Jangan lupa selalu mengunjungi Kedai Online kami. Ingat Madu Yaman Sidr, ingat Yummy Honey Shop. Selamat membeli belah!.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...