Sunday 22 April 2012

Kajian Terbaru: Madu Sidr Dari Yaman Bertindak Balas Lebih Baik Daripada Aspirin Dan Indomethacin

Laman web akhbar Yemen Press iaitu yemen-press.com dan beberapa laman web akhbar di Republik Yaman melaporkan kajian terbaru menunjukkan madu sidr dari Yaman memberikan tindak balas yang lebih baik daripada Aspirin dan Indomethacin (jenis-jenis ubat penahan sakit).

Kajian Dr. Amaan Ahmad Muhammad Az Zubair di University College Sedaya International (UCSI), Kuala Lumpur dengan seliaan Prof. Patrick Nwabueweze Okechukwu membuktikan madu sidr dari Yaman mampu merawat jangkitan, merendahkan demam yang sangat tinggi, menstabilkan aktiviti sel dan melindunginya daripada kerosakan dan mengurangkan kesakitan khususnya bahagian dalaman.

Dr. Amaan Ahmad Muhammad Az Zubair

Tajuk kajian ialah Investigation of Anti-Inflammatory, Antipyretic and Analgesic Effect of Yemeni Sidr Honey telah disiarkan oleh World Academy of Science, Engineering and Technology dan dibincangkan di persidangan di Paris dan Berlin. Kajian ini adalah antara yang terawal di peringkat antarabangsa dan dijangka menarik minat komuniti perubatan kepada madu sidr dari Yaman. 

Hasil Kajian

Kajian seterusnya masih dijalankan untuk mengetahui mekanisma rawatan yang dihasilkan oleh madu sidr dari Yaman ini dan kebolehannya untuk merawat penyakit-penyakit yang lain.

Dr. Amaan Ahmad Muhammad Az Zubair adalah pelajar Yaman di UCSI dalam bidang Perubatan Genetik dan Bioteknologi yang menjadi ahli kepada American Society for Pharmacology and Experimental Therapeutics dan British Pharmacological Society.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...