Thursday, 15 March 2012

Madu Lebah Penyembuh Manusia

Imam Al Qurtubi di dalam tafsirnya, Al Jaami' Lilahkamil Quran (الجامع لأحكام القرآن) atau lebih dikenali dengan nama Tafsir Al Qurtubi telah menyebut perbahasan para ulamak yang sangat menarik semasa mentafsirkan ayat 69 surah An Nahl:

يَخْرُجُ مِنْ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ
“Keluar daripada perutnya (lebah) minuman (madu) yang berbeza-beza warnanya, padanya penyembuh bagi manusia”.

Berikut adalah teks sebagaimana yang terdapat di dalam kitab dan terjemahannya:

اختلف العلماء في قوله تعالى: فيه شفاء للناس، هل هو على عمومه أم لا، فقالت طائفة: هو على العموم في كل حال ولكل أحد، فروي عن بن عمر أنه كان لا يشكو قرحة ولا شيئا إلا جعل عليه عسلا حتى الدمل إذا خرج عليه طلى عليه عسلا، وحكى النقاش عن أبي وجرة أنه كان يكتحل بالعسل ويستمشي بالعسل ويتداوى بالعسل، وروي أن عوف بن مالك الأشجعي مرض، فقيل له: ألا نعالجك فقال: ائتوني بالماء فإن الله تعالى يقول: ونزلنا من السماء ماء مباركا، ثم قال: ائتوني بعسل فإن الله تعالى يقول: فيه شفاء للناس، وأتوني بزيت فإن الله تعالى يقول: من شجرة مباركة، فجاءوه بذلك كله فخلطه جميعا ثم شربه فبرىء

Para ulamak berbeza pendapat tentang firman Allah SWT:

فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ
“Padanya (madu lebah) penyembuh bagi manusia”. Surah An Nahl: 69.

Adakah ayat ini diambil secara umum atau tidak?. Sebahagian ulamak menyatakan bahawa ia diambil secara umum pada setiap keadaan dan setiap orang.

Oleh kerana itu, diriwayatkan daripada Ibnu Umar RA, bahawa dia tidak pernah mengadu kesakitan atau sesuatu melainkan dia mengambil madu sehinggakan bisul yg keluar pun diletakkan ke atasnya madu.

An Naqqash meriwayatkan daripada Abi Wajrah bahawa dia bercelak dgn madu, meminum madu dan mengubati dengan madu.

Diriwayatkan bahawa Auf bin Malik Al Asyjai’ RA telah sakit, maka dikatakan padanya: Tidakkah engkau mahu kami merawatmu?. Dia berkata: bawakan kepadaku air kerana sesungguhnya Allah SWT berfirman:

ونزلنا من السماء ماء مباركا
“Dan Kami menurunkan daripada langit air yang berkat”. Surah Qaf: 9.

Kemudian dia berkata: bawakan kepadaku madu kerana sesungguhnya Allah SWT berfirman:

فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ
“Padanya (madu lebah) penyembuh bagi manusia”. Surah An Nahl: 69.

Dan bawakan kepadaku minyak (zaitun) kerana Allah SWT berfirman:

من شجرة مباركة
“Daripada pokok (zaitun) yg berkat”. Surah An Nur: 34.

Kemudian mereka membawa benda itu kesemuanya dan dia mencampurkannya semua sekali, kemudian dia meminumnya dan dia telah sembuh.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...