Tuesday 20 March 2012

Cara Pemakanan Madu Sheikh Abdul Majid bin Abdul Aziz Az Zandani

Beliau adalah tokoh yang tidak asing lagi sebagai seorang ulamak di dalam I’jazul Ilmi (Sains Al Quran dan Sunnah) yang berdebat dengan saintis-saintis Barat, pendakwah yang mempunyai ilmu agama yang luas dan berpengalaman dalam politik dan pejuang sehingga pernah berjihad di Afghanistan.

Sheikh Abdul Majid bin Abdul Aziz Az Zindani dilahirkan pada tahun 1938 di kampung Az Zuhbi, wilayah Ibb di Republik Yaman dan memperolehi pendidikan awal di Kuttab (sekolah rendah agama rakyat) sebelum menyambung pelajaran di sekolah kerajaan di wilayah Aden. Selepas itu, beliau menamatkan pengajian di Fakulti Famasi Universiti Al Azhar di Mesir. Kerana minat yang mendalam terhadap ilmu agama, beliau mengambil kesempatan bertemu dan belajar dengan ulama-ulama besar Al Azhar dan tokoh-tokoh pelajar Yaman yang berada di sana seperti Az Zubairi dan Abduh Muhammad Al Mikhlafi.

Sheikh Abdul Majid bin Abdul Aziz Az Zandani (Google)

Semasa tinggal di Arab Saudi, beliau mengasaskan Badan Mukjizat Sains Dalam Al Quran dan Sunnah (هيئة الإعجاز العلمي في القرآن والسنة). Apabila pulang ke Yaman, beliau mengasaskan Universiti Al Iman yang mempunyai Fakulti Al Iman yang mana jabatan-jabatan yang diwujudkan di bawah fakulti ini ialah Jabatan Al Iman dan Jabatan Al I’jaz.

Ketika ditanya kepada Sheikh oleh para pelajar, beliau memberitahu bahawa salah satu cara pengambilan madu lebah yang baik ialah mencampurkannya dengan Habbatussauda’ yang dilumatkan dan bawang putih jantan.

Bawang Putih Jantan (Google)

Untuk mengelakkan mulut berbau disebabkan kunyahan bawang, ia boleh dipotong kecil-kecil dan dimakan dengan cara menelan.

Nasihat yang telah diberikan oleh seorang ulamak terkenal dalam bidang sains berdasarkan Al Quran dan Sunnah, yang juga mengamalkan pemakanan madu lebah secara rutin, menyebabkannya menjadi ikutan dan kebiasaan pelajar-pelajar di Universiti Al Iman.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...