Laman web www.islamweb.net berbahasa arab di bawah seliaan Markaz Al Fatwa yang dimiliki kerajaan Qatar telah menjawab beberapa soalan berkenaan penggunaan daun Sidr untuk menghalau sihir.
Al Hafiz Ibnu hajar Al A’sqalani di dalam kitab Fathul Baari Syarh Sahih Al Bukhari; sebuah kitab yang muktabar dan boleh dikatakan sebagai paling terkenal dalam menghurai dan mengsyarahkan hadith-hadith Sahih Bukhari telah menyatakan bahawa Wahab Ibn Munabbah; seorang ulamak dan perawi hadith yang masyhur, telah melakukan perkara tersebut. Berikut adalah teks seperti yang terdapat di dalam kitab:
قال الحافظ ابن حجر: وذكر ابن بطال أن في كتب وهب بن منبه أن يأخذ سبع ورقات من سدر أخضر، فيدقه بين حجرين، ثم يضربه بالماء، ويقرأ آية الكرسي والقواقل، ثم يحسو (يشرب) منه ثلاث حسيات، ثم يغتسل به، فإنه يذهب عنه كل ما به، وهو جيد للرجل إذا حبس عن أهله.
“Al Hafiz Ibnu Hajar telah berkata: Ibnu Batthal telah menyebut bahawa di dalam kitab-kitab Wahab Ibnu Munabbah dinyatakan beliau telah mengambil tujuh daun Sidr yang hijau, selepas itu dikepit dengan dua ketul batu (untuk melumatkannya), kemudian diletakkan ke dalam air dan dibaca ayat kursi dan Al Qawafil (surah Al Kafirun, As Somad, Al Falaq dan An Nas), diminum tiga teguk, kemudian beliau mandi dengan air itu. Sesungguhnya apa yang berada di dalam dirinya (perkara yang tidak baik) telah hilang, dan ia baik untuk lelaki yang dihalang (dengan sebab sihir) daripada berjimak dengan isterinya”.
Pohon Sidr (Abdullah M. Alghamdi) |
Sheikh Abdul Aziz bin Baz di dalam fatwanya turut mengakui perkara ini dengan menyarankan supaya dibaca ayat-ayat yang lain seperti surah Al A’raf ayat 117-119, Yunus ayat 79-82 dan Toha ayat 65-69.
Daun dan buah Sidr (Google) |
Sheikh Abdullah bin Abdul Rahman Al Jabrain pula menyebut di dalam kitabnya As Sowaiq Al Mursalah Fit Tasoddi Lilmusya’wizin Was Saharah bahawa beliau telah beruqyah (jampi yang syarie) kepada beberapa ahli keluarganya dan kawan-kawan terdekat yang tidak dapat berjimak dengan isteri mereka kerana sihir dengan mengikut seperti yang disebut oleh Ibnu Kathir dengan menggunakan daun Sidr dan membacakan ayat-ayat di atas dan dengan izin Allah SWT mereka telah sembuh.
No comments:
Post a Comment