Saturday, 11 February 2012

Terapi Minyak Tumbuh-tumbuhan Dengan Al Quran

Di dalam buku Rawatlah Dirimu Dengan Al Quran  (عالج نفسك بالقرآن)yang di karang oleh Abdud Daaim Al Kahil, beliau menyatakan bahawa seorang penyelidik mendapati pengubatan dengan minyak tumbuh-tumbuhan seperti minyak Habbatussauda’, minyak biji anggur dan lain-lain yang dibacakan ayat Al Quran boleh meningkatkan fungsi bahan tersebut ke tahap yang paling optimum.

Minyak Biji Anggur Turki

Cara rawatan adalah sangat mudah. Minyak hendaklah disapukan ke bahagian yang sakit dan kemudian dibacakan ayat Al Quran berulang kali. Lebih banyak ayat-ayat yang dibaca, lebih baik hasil yang akan diperolehi. Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, bacakan ayat Al Quran dan doa-doa yang mathur (doa-doa yang sabit daripada Rasulullah SAW) ke dalam minyak.

Minyak Habbatussauda' Yaman

Amalan ini sebenarnya sudah dibuat oleh orang-orang tua dan pengamal perubatan tradisional semenjak sekian lama. Apabila tukang urut mahu mengurut pesakit, mereka akan membaca doa-doa dengan menghalakan mulut ke arah minyak yang digunakan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...