Tuesday, 7 February 2012

Madu Sidr: Makanan Wajib Pelajar Tahfiz

Madu Sidr adalah makanan kesihatan yang wajib untuk pelajar tahfiz kerana sangat baik untuk menggalakkan pencerdasan otak dan meningkatkan tahap memori. 

Perkara ini terbukti apabila rangkaian Madrasah Nauraniyyah iaitu rangkaian Sekolah Rendah yang dibangunkan oleh Parti Islah di Republik Yaman yang mana mentornya adalah Sheikh Abdul Majid Az Zandani, seorang ulamak yang terkenal dan berpengaruh di dalam bidang I'jazul Ilmi (Sains Al Quran), telah mewajibkan pelajar-pelajar mengambil Madu Sidr pada waktu pagi dengan dilarutkan di dalam air yang tidak dimasak untuk mengelakkan molekul air daripada rosak.


Cara pemakanan ini berdasarkan Kitab Sirah yang terkenal Zadul Maa’d Fi Hadyi Khairil I’bad (زاد المعاد في هدي خير العباد) susunan Imam Ibnul Qayyim Al Jauziyyah; pengarang yang sama menyusun Kitab At Tib An Nabawi (Perubatan Nabi) yang menyebut bahawa Nabi SAW mengambil madu sebelum sarapan. Amalan pemakanan ini yang dibuat secara berterusan telah berjaya meningkatkan kecerdasan otak dan daya ingatan para pelajar. 

Sekolah tersebut memberi jaminan bahawa pelajar pintar yang dihantar kepada mereka mampu menghafal 30 juzu’ Al Quran, pelajar yang mempunyai kepintaran pertengahan akan menghafal 15 juzu dan pelajar yang kurang pintar akan menghafal 8 juzu. Selain itu, para pelajar juga diwajibkan menghafal kitab-kitab hadith seperti Matan Hadith Arabaii’n, Husnul Muslim dan lain-lain.


Fakta ini sebenarnya bersesuaian dengan saranan Imam Ibnu Shihab Az Zuhri yang merupakan seorang ulamak yang menghafal Al Quran dan berpuluh-puluh ribu hadith yang menyatakan: 

عليك بالعسل فإنه جيد للحفظ

"Hendaklah kamu memakan madu kerana ia baik untuk hafalan".

Melihat kepada rutin dan jadual pembelajaran pelajar-pelajar tahfiz, salah satu rahsia mengapa Madu Sidr mampu meningkatkan hafalan para pelajar ialah kebolehannya memberikan sumber tenaga asli manusia dengan meningkatkan stamina dan kekuatan otot-otot.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...