Wednesday, 19 October 2011

Madu Lebah Di Dalam Al Quran

Madu Lebah merupakan salah satu daripada makanan penyembuh penyakit yang disebut oleh Al Quran yang merupakan wahyu Allah SWT. Al Quran menyifatkan Madu sebagai Penyembuh yang mana Bahasa Arab membezakan di antara perkataan Shifa’  (شفاء)yang bermaksud menyembuhkan dan perkataan Dawa’ (دواء) yang bermaksud mengubati. Ini kerana bukan semua perkara yang mengubati boleh menyembuhkan. Sebaliknya penyembuh mampu mengubati dan menyembuhkan penyakit.

Perkataan A’sal (عسل) yang bermaksud Madu hanya disebut satu kali sahaja di dalam Al Quran:

 مَثَلُ الْجَنَّةِ الَّتِي وُعِدَ الْمُتَّقُونَ فِيهَا أَنْهَارٌ مِنْ مَاءٍ غَيْرِ آسِنٍ وَأَنْهَارٌ مِنْ لَبَنٍ لَمْ يَتَغَيَّرْ طَعْمُهُ وَأَنْهَارٌ مِنْ خَمْرٍ لَذَّةٍ لِلشَّارِبِينَ وَأَنْهَارٌ مِنْ عَسَلٍ مُصَفًّى وَلَهُمْ فِيهَا مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ وَمَغْفِرَةٌ مِنْ رَبِّهِمْ

“Perumpamaan Syurga yang dijanjikan untuk orang-orang yang bertaqwa; di sana adanya sungai-sungai daripada air yang tidak payau, sungai-sungai daripada susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai khamar (anggur yang tidak memabukkan) yang lazat bagi orang yang meminumnya, sungai-sungai madu yang jernih dan bagi mereka segala jenis buah-buahan dan keampunan dari tuhan mereka”. (Muhammad: 15).

Namun begitu, Al Quran telah menyebut perkataan Lebah  yang merujuk kepada Madu. Firman Allah SWT:

وَأَوْحَى رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ. ثُمَّ كُلِي مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا يَخْرُجُ مِنْ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ.

“Dan TuhanMu mengilhamkan kepada lebah “buatlah sarang di gunung-gunung dan di atas pohon-pohon dan tempat-tempat yang dibina oleh manusia”. “Kemudian makanlah (wahai lebah) dari segala jenis buah-buahan, kemudian ikutlah (wahai lebah) jalan Tuhanmu (aturan hidup yang ditetapkan oleh Allah) yang telah dipermudahkan”, daripada perutnya (lebah) minuman (madu) yang bermacam-macam warna, di dalamnya penyembuh untuk manusia, sesungguhnya pada yang demikian menjadi tanda untuk orang-orang yang berfikir”. (An Nahl: 68-69).

Abdullah bin Masud ketika mentafsirkan ayat ini menyatakan: Sesungguhnya Madu mempunyai penyembuh kepada semua penyakit (di badan) manakala Al Quran penyembuh kepada penyakit di dalam dada.



Rujukan:

1. Terjemahan dan Olahan Semula Dari Artikel Bahasa Arab yang bertajuk Madu Lebah Di Dalam Al Quran Dan Sunnah Nabawiyyah Oleh Dr. Muhammad Nazar Ad Daqr.

Disediakan Oleh: Yummy Honey Shop

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...