Wednesday, 19 October 2011

Madu Lebah Dalam Athar Para Sahabat

Buku-buku Sirah Sahabat Radhiyallahu Anhum atau buku-buku hadith yang bercampur dengan athar (kata-kata dan perbuatan) sahabat menunjukkan para Sahabat mempercayai bahawa madu lebah mampu menyembuhkan segala penyakit berdasarkan kepada ayat Al Quran di atas. 

Kitab Al Musannaf susunan Abu Bakar Ibn Abi Syaibah dan buku Tib An Nabawi (Perubatan Nabi) karangan Ibnul Qayyim Al Jauziyyah meriwayatkan:

كان عبد الله بن عمر رضي الله عنهما لا يشكو قرحة ولا شيئا إلا جعل عليه عسلا حتى الدمل إذا كان به طلاه عسلا، فقال له تلميذه نافع: تداوي الدمل بالعسل؟، فقال: أليس يقول الله: ((فيه شفاء للناس)).
 
“Abdullah bin Umar tidak pernah mengalami kesakitan melainkan beliau akan mengambil Madu sehinggakan bisul yang dialaminya disapukan madu. Muridnya, Nafi’ berkata: Tuan mengubati bisul dengan madu?. Beliau menjawab: Bukankah Allah telah menyatakan: Padanya penyembuh untuk manusia (فيه شفاء للناس)?”. 

Kitab-kitab tafsir mencatatkan riwayat yang mana sanadnya ditashihkan oleh Ibnu Hajar Al A’sqalani:

كان الربيع بن خثيم يقول: ليس للنفساء مثل الرطب ولا للمريض مثل العسل.

“Rabi’ bin Khaitham (Seorang Tabii’n Besar atau Kibar Tabii’n) telah menyatakan: Tidak ada (makanan yang baik) untuk orang yang bernifas seperti kurma Rutob dan tidak ada (makanan yang baik) untuk orang berpenyakit seperti madu”.  

Seorang Ahli Fiqh, Abu Laith menyatakan: Madu menjadi penyembuh jika seseorang itu mengetahui kadarnya untuk sesuatu penyakit. Jika tidak diketahui kadarnya dan untuk penyakit apa, kemungkinan ia akan mendatangkan mudarat, sepertimana Allah SWT menjadikan setiap sesuatu yang hidup dengan air, kemungkinan air menjadi sebab kepada kematian manusia.

Rujukan:

1. Terjemahan Dan Olahan Semula Daripada Artikel Bahasa Arab Bertajuk Madu Lebah Pada Pandangan Sahabat Dan Tabii'in, Ditulis Oleh Anas Hijazi.

Disediakan Oleh: Yummy Honey Shop

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...