Madu lebah disebut di dalam hadith-hadith sahih dan hadith dhaif atau hadith palsu. Walaubagaimanapun, perkara tersebut tidak menjejaskan khasiat dan kebaikan madu kerana terdapat banyak hadith-hadith sahih tentangnya. Imam Muslim di dalam Sahih meriwayatkan:
عن أنس رضي الله عنه قال: لَقَدْ سَقَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِقَدَحِي هَذَا الشَّرَابَ كُلَّهُ الْعَسَلَ وَالْمَاءَ وَاللَّبَنَ.
“Daripada Anas RA, beliau telah berkata: Sesungguhnya aku telah memberi Nabi SAW minum dengan bekas aku ini semua minuman, madu, air dan susu”.
Madu lebah adalah minum kesukaan Baginda SAW. Imam Bukhari meriwayatkan:
عن عائشة رضي الله عنها قالت: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحب الحلواء والعسل.
“Daripada Ai’syah Radiyallahu Anha: Sesungguhnya Rasulullah SAW menyukai manisan dan madu”.
Baginda SAW sangat menggalakkan pengubatan penyakit dengan menjadikan madu sebagai minuman. Perkara ini dinyatakan di dalam hadith-hadith yang sangat banyak. Antaranya yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:
عن جابر بن عبد الله رضي الله عنهما قال: سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول: إن كان في شيء من أدويتكم - أو يكون في شيء من أدويتكم - خير ففي شرطة محجم، أو شربة عسل، أو لذعة بنار توافق الداء، وما أحب أن أكتوي.
“Dari Jabir bin Abdullah Radiyallahu Anhuma, beliau berkata: aku mendengar Nabi SAW berkata: Jika ada kebaikan di dalam sesuatu yang menjadi ubat kepada kamu, maka ia adalah berbekam, meminum madu dan menyelar besi panas mengenai (tempat) penyakit dan aku tidaklah menyukai penggunaan besi panas”.
Imam Bukhari telah meriwayatkan sebuah hadith yang sangat menarik tentang penggunaan madu lebah. Imam Muslim juga meriwayatkan kisah ini tetapi dengan lafaz hadith yang lebih ringkas.
عن أبي سعيد رضي الله عنه: أن رجلا أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: أخي يشتكي بطنه؟، فقال: اسقه عسلا. ثم أتاه الثانية فقال: اسقه عسلا. ثم أتاه الثالثة،فقال: اسقه عسلا. ثم أتاه فقال: قد فعلت. فقال: صدق الله وكذب بطن أخيك، اسقه عسلا، فسقاه فبرأ.
“Daripada Abu Said Al Khudri RA: seorang lelaki telah datang kepada Nabi SAW dan berkata: perut saudaraku merasa sakit. Baginda berkata: beri minum kepadanya madu. Kemudian lelaki itu datang kali kedua. Baginda berkata: beri minum kepadanya madu. Kemudian lelaki itu datang kali ketiga. Baginda berkata: beri minum kepadanya madu. Kemudian lelaki itu datang lagi dan berkata: aku telah melakukannya. Baginda berkata: Allah berkata benar dan perut saudaramu berbohong, beri minum kepadanya madu. Lelaki itu memberi minum madu kepada saudaranya dan selepas itu saudaranya telah sembuh”.
Sheikh Az Zarqani ketika menghuraikan hadith ini menyatakan maksud sabda Baginda SAW “Perut saudaramu salah” (di dalam riwayat Bukhari, perut saudaramu berbohong) ialah perut saudara lelaki itu tidak mampu menerima madu kerana terlalu banyak perkara yang rosak di dalamnya. Kerana itu, Baginda SAW telah menyuruh supaya meminum madu berulang kali untuk mengeluarkannya. Apabila lelaki itu mengulanginya, perut saudaranya pun sembuh.
Rujukan:
1. Terjemahan Dan Olahan Semula Dari Artikel Bahasa Arab Bertajuk Hadith-hadith Mengenai Madu Lebah Dan Menerangkan Hukum Hadith-hadith Zakat Madu Lebah Di Kalangan Muhaddithin, disediakan Oleh Universiti Al Iman, Yaman.
2. Artikel Bahasa Arab yang bertajuk Madu Lebah Di Dalam Al Quran Dan Sunnah Nabawiyyah Oleh Dr. Muhammad Nazar Ad Daqr.
Disediakan Oleh: Yummy Honey Shop
Rujukan:
1. Terjemahan Dan Olahan Semula Dari Artikel Bahasa Arab Bertajuk Hadith-hadith Mengenai Madu Lebah Dan Menerangkan Hukum Hadith-hadith Zakat Madu Lebah Di Kalangan Muhaddithin, disediakan Oleh Universiti Al Iman, Yaman.
2. Artikel Bahasa Arab yang bertajuk Madu Lebah Di Dalam Al Quran Dan Sunnah Nabawiyyah Oleh Dr. Muhammad Nazar Ad Daqr.
Disediakan Oleh: Yummy Honey Shop