Terma Dan Syarat

1. Pembayaran

Untuk pembayaran yang dibuat dengan memasukkan wang secara terus (Bank In), sila hantar bukti pembayaran iaitu nombor rujukan slip ke emel yummyhoneyshop@yahoo.com atau SMS ke nombor 017-9771842.

Untuk pembayaran yang dibuat melalui Pemindahan Wang (Account Transfer) Perbankan Internet (Internet Banking), ruangan Emel Penerima (Recipient Email) mestilah diisi dengan emel kami.

Semua pembayaran mesti dibuat secara penuh. Pembayaran yang tidak lengkap, tidak akan diproses.

2. Penghantaran

Penghantaran hanya dibuat selepas pembayaran dan bukti pembayaran diterima.

Hari penghantaran adalah hari Selasa dan Khamis sebelum jam 3.00 petang. Tempahan yang dibuat selepas waktu tersebut akan dihantar pada hari penghantaran yang seterusnya. Contoh, tempahan dibuat pada hari Selasa  jam 5.00 petang, penghantaran akan dibuat pada hari Khamis.

3. Jaminan Ketulenan Produk

Setiap produk kami dijamin asli dan tulen. Jika anda dapat membuktikan produk kami tidak asli, wang anda akan dikembalikan dengan syarat produk tersebut belum digunakan. Contoh, anda membeli dua produk Madu Yaman yang setiap satunya 250 gram, hanya satu botol sahaja yang digunakan dan dapat membuktikan produk tersebut tidak asli, pulangkan botol madu yang belum digunakan dan wang akan dikembalikan. Makluman kepada kami mesti diberitahu dalam masa tiga hari dari tarikh penerimaan.

Jaminan Ketulenan Produk ini hanya terpakai pada Madu Yaman sahaja.

4. Jaminan Kerosakan

Kerosakan produk yang disebabkan oleh pihak kami atau proses penghantaran hendaklah dimaklumkan dalam masa 3 hari dari tarikh penerimaan. Tindakan akan diambil samada pemulangan wang atau penghantaran produk baru.

4. Jaminan Penghantaran

Penghantaran mengambil masa 2 atau 3 hari. Penghantaran yang tidak diterima dalam masa 7 hari (seminggu) hendaklah dimaklumkan kepada kami untuk  tindakan selanjutnya. Kami akan mengesan setiap produk yang dihantar menggunakan ‘Tracking Number".

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...